Iklan Premium 2

Apa parti pilihan anda PRU13 untuk memerintah Sabah?
 

Login Form



Statisitk Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini1674
mod_vvisit_counterKelmarin514
mod_vvisit_counterKeseluruhan111146

Kami ada: 99 tetamu online
IP Anda: 38.107.179.208
 , 
Hari ini: Feb 08, 2012
Semenjak 27 November 2011

1SABAH.NET adalah portal online Sabahan yang telah dibangunkan sejak tahun 2005. 1SABAH.NET kini menyediakan pelbagai platform yang boleh dipergunakan oleh orang Sabah merentasi dunia maya dalam era globalisasi ini seperti berita semasa, direktori percuma, forum, aduan, kelab, informasi Sabah dan banyak lagi yang akan kami sediakan. 1SABAH.NET mempunyai page di facebook yang mempunyai 'like' lebih dari 26,000 serta page online streaming yang mempunyai lebih dari 19,000 'like'. Ini sangat meyakinkan kami untuk menaiktaraf keterampilan 1SABAH.NET agar boleh menjadi platform yang berguna kepada orang Sabah.  Masih dalam pengemaskinian!



Hiburan Sabah No. 1 di Google
1SABAH - Info Selebriti
Written by Administrator   
Saturday, 24 December 2011 19:57

1SABAH telah mencuba untuk membuat carian di google mengenai hiburan di Sabah. Apabila menaip kata kunci 'hiburan sabah', Majalah Hiburan Online Pertama Sabah di http://www.hiburansabah.com menduduki senarai teratas dalam carian. Tahniah kepada MHOPS atas keberjayaan di kedudukan ini untuk kata kunci utama carian mengenai hiburan di Sabah. Kedudukan ke-2 dalam senarai ini ialah oleh Utara.FM yang merupakan radio online No. 1 di Sabah.

 

 
Dijemput datang ke Ranau
1SABAH - Pengumuman
Written by Administrator   
Friday, 23 December 2011 11:47

Semua kaum muslimin dan muslimat dijemput datang ke Masjid Daerah Ranau pada 29 Disember ini untuk mengikuti ceramah dan muzakarah. Program yang dianjurkan bersama oleh JHEINS, CahayaFM dan Syarikat Lam Aliff 30 Enterprise ini akan dihadiri oleh penceramah terkenal yang juga merupakan mudir atau pengetua program realiti agama Imam Muda di Astro Oasis iaitu Dato' Ustaz Haji Hassan Mahmud Al-Hafiz.

 

Muzakarah Rakan Da'ie Rakan Muda Ranau akan diadakan selepas solat Asar manakaa ceramah agama akan dibuat selepas solat Maghrib.

 
Dataran Bengkoka Pitas kini ada capaian internet
1SABAH - Info Pelancongan
Written by Administrator   
Thursday, 22 December 2011 11:44

Dataran Bengkoka Pitas adalah destinasi baru pelancongan Sabah yang mana Pesta Bengkoka telah diperakui dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan Sabah. Terdapat pelbagai kemudahan kini disediakan termasuk restoran, chalet, R & R dan yang terkini anda boleh mengakses internet di premis yang menyediakan perkhidmatan ini. Premis ini terletak di Lot 5, Kedai Dataran Bengkoka Pitas.

 

Untuk keterangan lanjut anda boleh layari blog premis atau di facebook.

 
Baintin pamer budaya Kimaragang
1SABAH - Info Politik
Written by Administrator   
Wednesday, 14 December 2011 01:06

Baintin Adun atau Abd. Halim Adun Abdullah adalah anak bangsa Kimaragang yang berani mengangkat budaya bangsa ini dengan memakai pakaian rasmi Kimaragang sewaktu Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Inilah contoh yang wajar dijadikan ikutan oleh anak Sabah dalam mengangkat martabat budaya Sabah di mata dunia.

 

Nazri Abdullah seorang anak jati Kota Marudu yang tinggal di kawasan Tandek menyatakan kepada 1SABAH bahawa N. 5 Tandek memerlukan pemimpin seperti ini dan Baintin adalah antara pilihan terbaik. "Kami di N. 5 Tandek telah lama ketandusan pemimpin anak jati tempatan yang menjadi wakil rakyat di sini. Kami memohon kepada pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional agar PRU 13 ini dipilih calon anak jati Kota Marudu". Nazri menambah lagi bahawa pada masa ini ada ramai pemimpin yang berpotensi tetapi jika dinilai dari segi keterampilan dan kesungguhan, N. 5 Tandek juga ada calon-calon anak tempatan yang berjiwa rakyat.

 
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
1SABAH - Pengumuman
Written by Administrator   
Monday, 12 December 2011 13:09


Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

 

Syarat -syarat kelayakan untuk memohon bantuan rakyat 1 Malaysia Rm500 (BR1M) adalah seperti di bawah:

  • Warga negara Malaysia.
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulan RM3000 dan kebawah.
  • Berkahwin
  • Ibu - Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Bujang yang mempunyai tanggungan (di dalam rumah yang sama)
  • Warga emas (berumur 60 tahun keatas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan RM3000 dan kebawah.


Keperluan Dokumen

  • Mykad/Kad Polis/Kad Tentera.
  • Penyata/Slip gaji bagi pemohon yang menerima gaji sahaja.
  • Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.

 

Untuk keterangan lebih terperinci berkaitan bantuan ini, sila klik sini

 

NOTA

Borang yang telah di isi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, Sekolah-Sekolah terpilih, cawangan LHDNM terdekat dan kaunter LHDNM yang di sediakan.

 

Download Borang

 

Portal Rasmi Kementerian Kewangan - Download

Portal 1SABAH (pilihan lain) - Download

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Page 1 of 4
Radio Online No. 1 Sabahan
Kami ada 99 pengunjung pada masa ini