|
Daerah Kudat terletak di utara negeri Sabah. Akhir-akhir ini dibangunkan untuk tujuan pelancongan, kawasan yang cukup dramatik ini menggambarkan penghujung barat laut tanah Borneo. Tanjung yang terletak di Semenanjung Kudat, kira-kira tiga jam setengah pemanduan atau sejauh 215 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Diterjemahkan sebagai ‘Simpang yang Berpanjangan’, Simpang Mengayau menjanjikan pemandangan memukau yang melepasi Laut China Selatan. Alam semula jadinya cukup mempesonakan dengan pecahan batuan pasir yang membentuk pusaran dan tetingkat. Anda juga dapat menyaksikan rumah api di Pulau Kalampunian. Di sebelah kiri anda dapat menyaksikan Pantai Kalampunian, iaitu pantai yang tercantik di Kudat. Kesemua tarikan ini memerlukan sedikit tenaga kerana anda kena berjalan untuk pergi ke pancang bendera raksasa dan Glob dan akhirnya ke batuan singkapan granit. Turut tersedia gerai-gerai yang menjual minuman, cenderamata dan juga kemudahan tandas yang terletak di kawasan meletak kereta.


Cara Ke Sana (dari Kota Kinabalu)
Anda boleh menaiki teksi, memandu sendiri atau menggunakan khidmat ejen pelancongan tempatan.
Pacuan empat roda dan kereta salon berpermit diletak berdekatan Restoran India bertentangan dengan Klinik Kesihatan di Kampung Air, Bandaraya KK. Kenderaan pacuan empat roda boleh membawa antara 7 – 8 orang penumpang pada kadar RM20.00 - RM25.00 seorang secara ulang-alik, sementara kereta salon boleh membawa 4 orang penumpang dengan tambang RM240.00 secara ulang-alik.
Maklumat Tambahan
Selain daripada Tanjung Simpang Mengayau, anda mungkin akan terpesona melihat keindahan Pantai Kulambu, Pantai Bak-Bak, Rumah Panjang Rungus, pembuatan gong di Sumangkap, penternakan lebah madu serta Esplanade Sidek.
sumber :
http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/my/destinasi/76-tanjung-simpang-mengayau-the-tip-of-borneo/
http://www.sabah.gov.my/kpd/Projek-LebahMadu.html
http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/my/destinasi/146-kg-sumangkap-kilang-gong/
Trackback(0)
|