|
Rabu, 12 Mei 2010 15:05 |
|

Seramai lebih kurang 23 orang guru di daerah Papar terpilih menghadiri bengkel yang di anjurkan oleh Pusat Kegiatan Guru Daerah Papar dengan penceramah jemputan dari pada BahagianTeknologiPendidikanNegeri Sabah. Bengkel Digital Storytelling (DST) adalah amalan menggabungkan digital audio, teks, termasuk gambar, suara, dan video untuk menyampaikan mesej dan maklumat secara digital dan ia lebih dikenali filem pendek. Filem pendek yang dihasilkan mempunyai durasi yang kurang daripada 8 minit dan isi kandungan adalah mengenai moral, kemasyarakatan, pendidikan, sejarah, motivasi dan sebagainya.
|
|
|
Ahad, 09 Mei 2010 01:27 |
|

Papar : Apabila Pelajar-Pelajar Menceburi Aktiviti Sukan Secara Aktif, Ia Bukan Sahaja Mampu Melahirkan Pelajar Yang Cergas Dan Cerdas, Tetapi Ia Juga Merupakan Satu Kaedah Untuk Membina Peribadi Mulia Melalui Sifat-Sifat Berdisiplin, Kesabaran, Bertolak Ansur, Ketepatan Masa, Semangat Kerjasama, Kepimpinan Dan Sebagainya. Malah Konsep Sukan Secara Global Juga Dapat Kita Pupuk Apabila Penyertaan Dalam Sesuatu Sukan Itu Disertai Oleh Pelajar-Pelajar Daripada Pelbagai Bangsa Dan Keturunan Di Peringkat Sekolah,Bahagian Dan Negeri Kata Wakil Rakyat Bongawan Yb.Datuk Hj.Karim Hj.Bujang Ketika Merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Sabah Di Dewan Masyarakat Papar.
|
|
Sabtu, 08 Mei 2010 14:45 |
|
Mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa akan ada sistem yang membolehkan kita mendapat untung dari perbelanjaan seharian kita. Kita isi minyak dapat untung, kita membeli belah pun boleh dapat untung malah apa sahaja perbelanjaan kita akan dikembalikan dalam bentuk rebet yang boleh dituntut dalam bentuk tunai. Inilah realiti trend membeli belah terkini di Malaysia yang dicetuskan oleh pengasasnya, Dr. Alex Lu yang mendapat Ijazah Doktor Falsafah (Pentadbiran Perniagaan) dari Wisconsin International University of USA berdasarkan kajiannya terhadap konsep dan perniagaan ini. SVR International Sdn. Bhd. yang memegang saham tertinggi sebanyak 70% mempolopori sistem ini dan 30% adalah milikan Koperasi Pengguna Malaysia dengan kerjasama Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia. Sistem ini disokong penuh oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.

|
|
Khamis, 06 Mei 2010 16:43 |
|

Gambar : KARIM menyampaikan anugerah kepada Adik Noranizah Abu Sakkar pelajar terbaik SPM 2009
KIMANIS : “Warga pendidik perlu menerima hakikat bahawa Kementerian Pelajaran akan dikatakan berjaya sekiranya segala usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan rakyat memperoleh kejayaan sejajar dengan matlamat teras PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) yang dirangka bagi memacu dan memperkasa dunia pendidikan serta memartabatkan profesion keguruan.”Kata Wakil Rakyat Bongawan YB.Datuk Hj.Karim Hj.Bujang semasa merasmikan majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang Kali Ke 4 (2009) SMK.Bongawan II Kimanis Papar pagi kalmarin.
|
|
Selasa, 27 April 2010 17:16 |
|

PAPAR : MSS Daerah Papar telah bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia Peringkat Negeri Sabah. Buat julung kalinya MSS Daerah Papar telah diberi penghormatan oleh Pejabat Pelajaran Negeri Sabah menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw MSS Peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 Mei 2010 kata Pegawai Pelajaran Daerah Papar En.Abidin Marjan ketika di temui di pejabatnya.
|
|
|
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
|