|
|
|
Khamis, 14 Mei 2009 14:48 |
|
|
|
Ahad, 10 Mei 2009 13:43 |
|
Kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada rakan-rakan PONet, kami menjemput anda untuk sama-sama memeriahkan Pesta Bengkoka dan Pesta Kaamatan yang akan diadakan pada 15, 16 dan 17 Mei 2009 ini bersamaan dengan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang bertempat di Dataran Bengkoka. Terdapat pelbagai acara dijalankan seperti Pesta Laut, Pertunjukan Bunga Api, Persembahan oleh artis-artis tempatan Sabah, Pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau, Car Show, Sukan Rakyat dan pelbagai lagi acara telah dirancang termasuklah pameran-pameran oleh jabatan-jabatan kerajaan/swasta.
|
|
Khamis, 07 Mei 2009 00:52 |
|

6 Mei 2009, Restoran Torongsoko, Pitas : Persatuan Kimaragang Bersatu Sabah mengadakan mesyuarat agung bagi memilih Ahli Majlis Tertinggi (AMT) pada hari ini. Mesyuarat yang sepatutnya dirasmikan oleh YB Bolkiah Hj. Ismail, ADUN N.3 Pitas digantikan oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat N.3 Pitas iaitu Encik Abd. Lahab Enul kerana Yang Berhormat telah dipanggil oleh YAB Ketua Menteri Sabah yang dikatakan untuk menghadiri taklimat berkaitan dengan pelancongan khususnya di daerah Pitas. Sila lihat Galeri > Album untuk koleksi gambar yang lain. |
|
Rabu, 06 Mei 2009 04:01 |
|
Ayuh kita sama-sama mengucapkan ucapan selamat hari guru sempena sambutan hari guru tahun ini. Kita ucapkan selamat Hari Guru kepada guru-guru yang pernah mengajar kita suatu ketika dulu. Mungkin kita masih ingat akan sambutan hari guru di zaman persekolahan dahulu. Marilah kita sama-sama mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang mengajar anak-anak kitaSELAMAT HARI GURU untuk semua guru di MALAYSIA. PONet Community juga mengucapkan Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan PONet yang bergelar guru. |
|
|
|
|
<< Mula < Sblm 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Seterusnya > Tamat >>
|