|
Isnin, 29 Mac 2010 15:58 |
|
Salam 1SABAH kepada semua rakan-rakan komuniti,
Terima kasih kami ucapkan atas komitmen anda menjadi ahli komuniti Sabahan di portal ini. Penghargaan kami berikan kepada anda yang telah sudi menyumbangkan idea, pandangan dan info di forum kami.
Untuk makluman hosting server 1SABAH.NET akan 'expired' pada 7 April 2010 ini dan kami memerlukan sokongan anda untuk membantu membiayai kos pengaktifan semula server hosting 1SABAH.NET.
Jika ada sesiapa yang sudi menbantu bolehlah menyumbangkannya ke akaun bank admin iaitu :
CIMB Jasni @ Mohd. Jasni Bin Monon 10020089337523
atau
MAYBANK Noor Anita Binti Awang 110069035548
**Setiap sen sumbangan anda amatlah dihargai. Semoga anda mendapat keberkatan dari-Nya.
Terima kasih.
Ikhlas,
Mohd. Jasni Ahmad Shukri, Ketua Pentadbir, Portal 1SABAH.NET |
|
|
Sabtu, 20 Mac 2010 18:30 |
|

Pelajar SK.Kimanis Papar adalah diantara 55 buah sekolah yang terpilih untuk menerima sumbangan Portal Pendidikan Online Mystar semasa pelancaran Potral Pendidikan peringkat Negeri Sabah di Plaza Tg.Aru Kota Kinabalu.
Majlis Pelancaran tersebut telah di sempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah YB.Datuk HJH.Jainab Datuk Seri Panglima Hj.Ahmad Ayid.
Mystar-A merupakan sebuah produk e-Pendidikan yang dimiliki oleh Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. iaitu dimiliki 100% oleh bumiputera. Ia ditubuhkan di utara semenanjung iaitu di negeri Kedah Darul Aman. Penyelidikan dan pembangunan Portal Mystar-A telah dibangunkan pada awal tahun 2007, sempena menyahut seruan kerajaan dalam menggabungkan pendidikan dan ICT. Mystar-A merupakan pendidikan berteraskan ICT yang menggabungkan ''website + education = webucation''.
|
|
Ahad, 07 Mac 2010 08:58 |
|
Satu ketika dahulu pendengar Utara.FM dikejutkan dengan kehadiran penyampai yang membuat penyampaian (On-Air DeeJay) dari Kyoto, Jepun iaitu DJ LUGU. Kini Utara.FM melebarkan pengaruhnya ke Afrika iaitu di Kaherah, Mesir apabila salah seorang penyampai baru di Utara.FM adalah pelajar di Universiti Al-Azhar. DJ yang di maksudkan ialah DJ Tirdz atau nama penuhnya Mohd. Tirmidzi Mohd. Gial yang mengambil jurusan Syariah Islamiah. DJ Tirdz berasal dari Kg. Palu-Palu, Kuala Penyu, Sabah.

DJ Tirdz mengabadikan kenangan di perkarangan Masjid Husin, Kaherah, Mesir.
|
|
Sabtu, 20 Februari 2010 20:23 |
|

Semua warga Sabah dijemput datang bersama-sama memeriahkan majlia dan melihat persembahan mantap dari Adam AF 2. |
|
Jumaat, 19 Februari 2010 20:37 |
|

Dalam gambar kelihatan Jainudin (ke 2 dari kiri) menyatakan sesuatu kepada Guru Besar SK.Kimanis (paling kanan)
Jainudin Hj.Jabidin Head of Corporate Services wakil kepada Kimanis Power Sdn Bhd (KGSB) sebuah syarikat usahasama antara PETRONAS Gas Bhd and MGR Consortium (Sabah) Sdn. Bhd. iaitu unit di bawah Yayasan Sabah telah membuat kunjungan hormat ke SK.Kimanis, Papar dan berbincang dengan Guru Besar sekolah ini iaitu En. Yusoff Minin untuk melaksanakan satu aktiviti gotong- royong, aktiviti motivasi bagi pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini dan penyampaikan sumbangan kepada sekolah-sekolah rendah dalam Zon Bongawan. Program tersebut akan berlangsung pada 25.02.2010 bermula jam 9.00 pagi bertempat di pekarangan sekolah tersebut. |
|
|
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
|