|
1SABAH -
Info Selebriti
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 24 December 2011 19:57 |
|

1SABAH telah mencuba untuk membuat carian di google mengenai hiburan di Sabah. Apabila menaip kata kunci 'hiburan sabah', Majalah Hiburan Online Pertama Sabah di http://www.hiburansabah.com menduduki senarai teratas dalam carian. Tahniah kepada MHOPS atas keberjayaan di kedudukan ini untuk kata kunci utama carian mengenai hiburan di Sabah. Kedudukan ke-2 dalam senarai ini ialah oleh Utara.FM yang merupakan radio online No. 1 di Sabah.
|
|
|
1SABAH -
Pengumuman
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 23 December 2011 11:47 |
|

Semua kaum muslimin dan muslimat dijemput datang ke Masjid Daerah Ranau pada 29 Disember ini untuk mengikuti ceramah dan muzakarah. Program yang dianjurkan bersama oleh JHEINS, CahayaFM dan Syarikat Lam Aliff 30 Enterprise ini akan dihadiri oleh penceramah terkenal yang juga merupakan mudir atau pengetua program realiti agama Imam Muda di Astro Oasis iaitu Dato' Ustaz Haji Hassan Mahmud Al-Hafiz.
Muzakarah Rakan Da'ie Rakan Muda Ranau akan diadakan selepas solat Asar manakaa ceramah agama akan dibuat selepas solat Maghrib. |
|
1SABAH -
Info Pelancongan
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 22 December 2011 11:44 |
|

Dataran Bengkoka Pitas adalah destinasi baru pelancongan Sabah yang mana Pesta Bengkoka telah diperakui dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan Sabah. Terdapat pelbagai kemudahan kini disediakan termasuk restoran, chalet, R & R dan yang terkini anda boleh mengakses internet di premis yang menyediakan perkhidmatan ini. Premis ini terletak di Lot 5, Kedai Dataran Bengkoka Pitas.
Untuk keterangan lanjut anda boleh layari blog premis atau di facebook. |
|
1SABAH -
Info Politik
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 14 December 2011 01:06 |
|

Baintin Adun atau Abd. Halim Adun Abdullah adalah anak bangsa Kimaragang yang berani mengangkat budaya bangsa ini dengan memakai pakaian rasmi Kimaragang sewaktu Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Inilah contoh yang wajar dijadikan ikutan oleh anak Sabah dalam mengangkat martabat budaya Sabah di mata dunia.
Nazri Abdullah seorang anak jati Kota Marudu yang tinggal di kawasan Tandek menyatakan kepada 1SABAH bahawa N. 5 Tandek memerlukan pemimpin seperti ini dan Baintin adalah antara pilihan terbaik. "Kami di N. 5 Tandek telah lama ketandusan pemimpin anak jati tempatan yang menjadi wakil rakyat di sini. Kami memohon kepada pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional agar PRU 13 ini dipilih calon anak jati Kota Marudu". Nazri menambah lagi bahawa pada masa ini ada ramai pemimpin yang berpotensi tetapi jika dinilai dari segi keterampilan dan kesungguhan, N. 5 Tandek juga ada calon-calon anak tempatan yang berjiwa rakyat. |
|
1SABAH -
Pengumuman
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 12 December 2011 13:09 |
|

Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
Syarat -syarat kelayakan untuk memohon bantuan rakyat 1 Malaysia Rm500 (BR1M) adalah seperti di bawah:
- Warga negara Malaysia.
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulan RM3000 dan kebawah.
- Berkahwin
- Ibu - Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
- Bujang yang mempunyai tanggungan (di dalam rumah yang sama)
- Warga emas (berumur 60 tahun keatas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan RM3000 dan kebawah.
Keperluan Dokumen
- Mykad/Kad Polis/Kad Tentera.
- Penyata/Slip gaji bagi pemohon yang menerima gaji sahaja.
- Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.
Untuk keterangan lebih terperinci berkaitan bantuan ini, sila klik sini
NOTA
Borang yang telah di isi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, Sekolah-Sekolah terpilih, cawangan LHDNM terdekat dan kaunter LHDNM yang di sediakan.
Download Borang
Portal Rasmi Kementerian Kewangan - Download
Portal 1SABAH (pilihan lain) - Download |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>
|
|
Page 1 of 4 |