|
1SABAH -
Info Sukan
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 28 November 2011 04:37 |
|

Kekalahan pasukan Malaysia yang digelar 'harimau malaya' kepada Bahrain dalam saingan kelayakan pra-olimpik adalah sesuatu yang agak mengecewakan disebabkan kedudukan pada 15 minit terakhir perlawanan ialah Malaysia 2 - 0 Bahrain. Keyakinan tinggi pemain Malaysia nampak jelas apabila tidak berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan kawasan gol Malaysia di akhir-akhir perlawanan. Ini jelas kelihatan sewaktu gol pertama Bahrain yang mana salah seorang pemain yang menjadi benteng sepakan percuma Bahrain seakan-akan tidak mahu menjadi benteng dan akhirnya gol cantik tendangan percuma menorobos gawang Malaysia. Keputusan muktamad perlawanan ialah Malaysia 2 Bahrain 3.
Walaupun begitu, pujian juga mesti diberikan kepada Malaysia kerana telah memberikan persembahan yang mantap dengan kombinasi yang mampu menghasilkan jaringan menembusi pintu gol Bahrain.
Pasukan Harimau Malaya perlu merasa bersalah dalam hal ini untuk tidak terlalu yakin menang jika pada masa-masa akan datang berlaku senario yang sama dalam perlawanan.
Dalam satu perkara yang lain, gelaran Harimau Malaya perlu diperhalusi untuk tidak mengelirukan beberapa pihak yang kurang senang dengan nama itu. Pasti ada alasan mereka. Malaysia Boleh!. |