|
1SABAH -
Pengiklanan
|
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 19 February 2012 14:00 |
|

D'Million Biz (DMB) ialah Pelan Pemasaran Menjana Pendapatan Extra Terpantas masa kini oleh D'Million Worldwide Sdn. Bhd. menggunakan kuasa media utama Malaysia seperti RTM, TV3, Harian Metro, New Sabah Times dan beberapa lagi media untuk mempastikan promosi sistem ini meluas. Potensi menjana pendapatan lumayan melalui sistem ini sangat tinggi kerana syarikat ini adalah 'pengeluar' multi produk seperti minyak pelincir, minyak wangi untuk lelaki dan wanita dan beberapa produk lain yang akan dipasarkan iaitu minuman bertenaga dengan pelbagai khasiat, kopi herba dan minyak wangi formula terbaru. D'Million Biz memberikan 5 Plan Royalti yang memastikan ahlinya memperolehi untung dengan pantas dan pada masa yang sama dapat menggunakan produk yang sangat berkualiti khususnya kepada pemilik-pemilik kenderaan.
1. Royalti Perunding Setiap orang yang berjaya merekrut peserta baru akan layak mendapat Royalti Perunding sebanyak RM70 bagi setiap tajaan tanpa had.
2. Royalti Pengenal Setiap orang yang berjaya direkrut akan dibahagikan kepada 2 kumpulan sahaja dan bayaran akan dibuat bagi setiap pairing PV seperti jadual di bawah tanpa had tempoh masa sehingga mencapai tahap maksimum 32,200PV. Ianya akan kembali semula kepada perkiraan awal selepas melepasi nilai PV ini.
3. Royalti Produk Jualan Kumpulan Pengiraan dikira berdasarkan pairing PV jualan terkumpul dalam kumpulan seperti jadual di bawah tanpa had tempoh masa sehingga mencapai tahap maksimum 45,500PV. Ianya akan kembali semula kepada perkiraan awal selepas melepasi nilai PV ini.
4. Insentif Jualan Peribadi Anda akan mendapat % lagi terhadap PV terkumpul jualan peribadi anda bergantung kepada jenis keahlian anda seperti berikut :
Rakan Niaga – 20% Rakan Koprat – 30% Stokis Daerah – 40%
5. Insentif Mentor 10% daripada pendapatan dan pairing bonus ejen lantikan

APA YANG MENARIK DENGAN PLAN PEMASARAN D'MILLION BIZ?
1. Royalti Pengenal Tinggi Dengan hanya modal RM299 ini, royalti pengenal sebanyak RM70 adalah tinggi.
2. PV Pairing Tidak Hangus PV yang mencecah tahap pairing yang melayakkan mendapat bayaran tidak hangus malah dibawa ke hadapan sehingga mencecah tahap PV maksimum.
3. Tiada Had Tempoh Tiada had masa ditetapkan untuk mencapai tahap pairing sehinggalah mencapai tahap maksimum.
4. Pembayaran Serta Merta Pembayaran bagi setiap royalti/bonus dibayar mengikut ketetapan iaitu harian atau bulanan. Jika tidak dituntut dalam tempoh-tempoh tertentu, bayaran akan terus dimasukkan ke akaun bank ahli yang layak.
5. 5 Jenis Royalti 5 royalti yang diberikan memberikan peluang besar ahli menjana pendapatan dengan pantas. |
|
|
1SABAH -
Info Selebriti
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 24 December 2011 19:57 |
|

1SABAH telah mencuba untuk membuat carian di google mengenai hiburan di Sabah. Apabila menaip kata kunci 'hiburan sabah', Majalah Hiburan Online Pertama Sabah di http://www.hiburansabah.com menduduki senarai teratas dalam carian. Tahniah kepada MHOPS atas keberjayaan di kedudukan ini untuk kata kunci utama carian mengenai hiburan di Sabah. Kedudukan ke-2 dalam senarai ini ialah oleh Utara.FM yang merupakan radio online No. 1 di Sabah.
|
|
1SABAH -
Pengumuman
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 23 December 2011 11:47 |
|

Semua kaum muslimin dan muslimat dijemput datang ke Masjid Daerah Ranau pada 29 Disember ini untuk mengikuti ceramah dan muzakarah. Program yang dianjurkan bersama oleh JHEINS, CahayaFM dan Syarikat Lam Aliff 30 Enterprise ini akan dihadiri oleh penceramah terkenal yang juga merupakan mudir atau pengetua program realiti agama Imam Muda di Astro Oasis iaitu Dato' Ustaz Haji Hassan Mahmud Al-Hafiz.
Muzakarah Rakan Da'ie Rakan Muda Ranau akan diadakan selepas solat Asar manakaa ceramah agama akan dibuat selepas solat Maghrib. |
|
1SABAH -
Info Pelancongan
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 22 December 2011 11:44 |
|

Dataran Bengkoka Pitas adalah destinasi baru pelancongan Sabah yang mana Pesta Bengkoka telah diperakui dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan Sabah. Terdapat pelbagai kemudahan kini disediakan termasuk restoran, chalet, R & R dan yang terkini anda boleh mengakses internet di premis yang menyediakan perkhidmatan ini. Premis ini terletak di Lot 5, Kedai Dataran Bengkoka Pitas.
Untuk keterangan lanjut anda boleh layari blog premis atau di facebook. |
|
1SABAH -
Info Politik
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 14 December 2011 01:06 |
|

Baintin Adun atau Abd. Halim Adun Abdullah adalah anak bangsa Kimaragang yang berani mengangkat budaya bangsa ini dengan memakai pakaian rasmi Kimaragang sewaktu Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Inilah contoh yang wajar dijadikan ikutan oleh anak Sabah dalam mengangkat martabat budaya Sabah di mata dunia.
Nazri Abdullah seorang anak jati Kota Marudu yang tinggal di kawasan Tandek menyatakan kepada 1SABAH bahawa N. 5 Tandek memerlukan pemimpin seperti ini dan Baintin adalah antara pilihan terbaik. "Kami di N. 5 Tandek telah lama ketandusan pemimpin anak jati tempatan yang menjadi wakil rakyat di sini. Kami memohon kepada pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional agar PRU 13 ini dipilih calon anak jati Kota Marudu". Nazri menambah lagi bahawa pada masa ini ada ramai pemimpin yang berpotensi tetapi jika dinilai dari segi keterampilan dan kesungguhan, N. 5 Tandek juga ada calon-calon anak tempatan yang berjiwa rakyat. |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>
|
|
Page 1 of 4 |